Tuesday, November 16, 2010
oh ex-
tepat jam 11 malam , sesudah aku makan malam dan baru pulang dari tempat kerja...seseorang yang lama aku merindu call aku...mula2 rasa takut+hairan+gugup untuk berucap. aku cuba gagah kan diri menjawab call tu. bertanyakan kabar aku,pelajaran ku, kehidupan ku..oh itulah farah adibah khairrunisa yang dulu pernah ku cintai dan di cintainya. hampir 10 minit aku berbicara..bercerita tentang hal masing2 tanpa hirau orang sekeliling..manja nya tak pernah berubah cuma cara percakapan nya kat aku berlainan sedikit..maklum lah hampir setengah tahun x bercakap dan sudah setahun setengah tak ketemu. rindu menyelubungi hati aku yg berdgup laju. gembira mendengar suara yg dulu pernah menjadi pujaan ku tiap waktu.tp selepas aku habis berbicara dengan dia. hati kecil ku di selubungi perasaan marah yg dulu pernah di tinggalkan nya. aku menangis...tp tak tahu apa sebab nya... mungkin melihat dia gembira membuatkan aku sedih?atau menangis kerana rindu ku terhadapnya mendalam seperti dulu? atau marah dgn perbuatan nya yg curang pada aku seketika dulu?entah la.. hanya tuhan yg tahu akan isi hati ku yg telah lama kekosongan ini. amat sukar untuk aku melupakan dia. tp aku akan mencuba dan terus mencuba. seorang perempuan yg dulunya ku anggap kekasih kini menjadi sahabatku yg menyokongku dari jauh..... harap kau bahagia disamping orang tersayang. aku sentiasa menyayangi mu walau pun seribu tahun lamanya. ikhlas dari ku buat mu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment