Monday, February 21, 2011

maaf

mula2 memang happy je hidup aku sejak kenal kau. tapi sejak kau buat perangai, hati aku sakit sangat. mana taknya,kejap kau ok dgn aku kejap tak. bile lama x call rindu sangat tapi bila call tak tahu nak borak pasal apa. bila ambil berat tentang kau,kau pula ta ambil berat pasal aku. setiap hari aku call kau tanpa jemu. pernah seketika kau buat tak tahu tentang kewujudan aku. tuhan je tahu perasaan aku waktu tu. aku dah mula giveup dengan kau. sumpah aku tak tipu. tapi alih-alih kau datang balik pada aku. mulanya aku rasa taknak layan kau tapi perasaan sayang tu datang balik dan kau seakan-akan kembali pada aku semula. kau buat aku macam ape ntah. aku mula sayang kau kembali sejak haritu. tapi sejak kau masuk belajar, perangai kau berubah. sama seperti perempuan lain yang aku kenali. kau seperti culture shock sampai melupakan aku yang sering merindu kau tiap waktu. aku selalu tanya diri aku, ape salah aku terhadap kau? selalu berfikir dan terus berfikir sampai ke harini. mungkin kau dah jumpa yang lagi bagus dari aku. seorang yang pandai ambil hati kau,selalu buat kau ketawa. mungkin aku bukan orang yang boleh bahagia kan kau. baguslah kalau begitu. kau sudah punyai ramai teman-teman sekarang.kau tak perlukan aku lagi. aku mengerti. kini aku faham mengapa kau buat aku begini. aku tak cukup baik dan sempurna untuk kau cintai. maaf sebab berkata sebegini. biarlah aku hidup berteman kan profil facebook kau dan sepasang kasut crocs yang tiada bertuan. aku sedih mengapa kau layan aku sebegini.

:)

dah 2 minggu tekak ni sakit,dan harini demam.memang terbaik. makan muntah makan muntah. nak tido pun susah.asyik merindu orang yang tak merindui aku.

Thursday, February 17, 2011

singaporeeeeee

yes i,ve been there. the food,the street,the shisya(paling terbaik setakat ni),the indians,the taxi driver was awesome!!!

the final frontier

yup,baru je semalam balik dari singapore tengok konsert IRON MAIDEN THE FINAL FRONTIER TOUR LIVE IN SINGAPORE. sumpah terbaik.xrugi aku pergi dgn kopi and yasmin hazman. the best ever konsert i've ever been. thanks kopi.

Saturday, February 12, 2011

rindu

pajeri nenas masakan arwah opah ( FATIMAH BINTI DAUD 01.01.2010 )

emak

apit minta maaf sejak mak mengandungkan apit sampai lah hari ni.halalkan semua makan minum pakaian duit yang mak bagi dekat apit. apit sayangkan mak sangat2. biarlah semua orang anggap apit ni jahat, tapi apit nak mak tahu yang apit tak sejahat yang mak sangka kan. maaf lah kalau apit ada terikut perangai arwah abah . maaf jugak sebab apit tak dapat jadi anak seperti yang mak ingin kan.apit selalu ingat pahit getir mak besarkan anak2 mak bile abah tinggalkan kita. tapi apit tak pernah salahkan abah dalam hal ni. dah ketentuan Allah nak uji keluarga kita.apit haap mak bahagia dengan abah mat nor.

mak,jasa mak besarkan apit along dan adik memang sangat besar.kalau boleh setiap pahala yang apit buat atau dapat apit nak bagi dekat mak. apit rindu masakan mak. selama apit hidup ni,apit banyak buat dosa kat mak.anak mak sorang ni memang degil. tapi pandai hormat orang tua.kan mak kan..

mak,hari dah lewat ni.apit tidur dulu ya. assalamualikum.

untitled 2

aku xharap pun semua orang ingat aku nanti bila aku dah takda kat muka bumi ni lagi.